Salam...
Hari ini saya berasa tidak sihat,dgn flu,mata berair dan panas semacam,mungkin otw demam...Oh,tidak!!!Tadi saya dan sahabat saya,Azah berkongsi cerita tentang Limbang,iaitu sebuah pekan di utara Sarawak yg mempunyai populasi lbh kurang 42 600 org dan mempunya keluasan 3978.1 kilometer persegi...Saya tinggal di Limbang pada umur 5 tahun(tahun 1997)...Ibu saya bekerja di RTM,Limbang di satu kawasan yg dipanggil Pandaruan yg terletak lbh kurang 15km dr Pekan Limbang...Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menghabiskan zaman kanak2 di sana...Kehidupan amat sederhana,tiada restaurant mewah mahupun KFC,McD atau seumpamanya selain Sugarbun di sana(pada tahun 1997) ...itupun Sugarbun kecil tp saiz tersebut blh dikatakan standard utk kedai di Pekan Limbang...MAsyarakat amat prihatin dan berbudi bahasa...Jarang sekali kita mendengar kes bunuh,rompak dan seumpamanya...Pekan tersebut aman dan damai dan terletak di tepi sungai...Pasar ikan di sana bukan sahaja menjual ikan malah ular dan biawak...Makanan exotic...Wah,mcm sedap=p Limbang juga terletak tidak jauh dari Brunei...Perjalan utk pergi ke Brunei hanya memakan masa lbh kurang 1 jam lbh melalu jalan Tedungan sepanjang 45 km...Penduduk Limbang wajib pergi ke Brunei kerana di sana sahajalah hiburan yg ada utk penduduk Limbang...Saya harap kerajaan dapat meningkatkan kemajuan Limbang agak penduduknya tidak ketinggalan oleh arus permodenan dan masa yg kejam...Di sini saya sertakan gambar2 baru pekan Limbang...
Wah,pekan ini sudah semakin gah..!!
Twin Otter yg digunakan untuk pergi ke Miri dari Limbang atau dari Miri ke Limbang..
Sekarang sudah menggunakan Fokker,adakah itu benar?????
Pejabat RTM,Limbang dan juga tempat saya membesar ketika berumur 5 tahun=) Wah!!
Inilah pekan Limbang yg aman dan damai!!=-)
Sekian....
Hiatus
13 years ago