Thursday, February 26, 2009

Kenangan lalu...Maju ke depan....

Salam...

Hari ini saya berasa tidak sihat,dgn flu,mata berair dan panas semacam,mungkin otw demam...Oh,tidak!!!Tadi saya dan sahabat saya,Azah berkongsi cerita tentang Limbang,iaitu sebuah pekan di utara Sarawak yg mempunyai populasi lbh kurang 42 600 org dan mempunya keluasan 3978.1 kilometer persegi...Saya tinggal di Limbang pada umur 5 tahun(tahun 1997)...Ibu saya bekerja di RTM,Limbang di satu kawasan yg dipanggil Pandaruan yg terletak lbh kurang 15km dr Pekan Limbang...Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menghabiskan zaman kanak2 di sana...Kehidupan amat sederhana,tiada restaurant mewah mahupun KFC,McD atau seumpamanya selain Sugarbun di sana(pada tahun 1997) ...itupun Sugarbun kecil tp saiz tersebut blh dikatakan standard utk kedai di Pekan Limbang...MAsyarakat amat prihatin dan berbudi bahasa...Jarang sekali kita mendengar kes bunuh,rompak dan seumpamanya...Pekan tersebut aman dan damai dan terletak di tepi sungai...Pasar ikan di sana bukan sahaja menjual ikan malah ular dan biawak...Makanan exotic...Wah,mcm sedap=p Limbang juga terletak tidak jauh dari Brunei...Perjalan utk pergi ke Brunei hanya memakan masa lbh kurang 1 jam lbh melalu jalan Tedungan sepanjang 45 km...Penduduk Limbang wajib pergi ke Brunei kerana di sana sahajalah hiburan yg ada utk penduduk Limbang...Saya harap kerajaan dapat meningkatkan kemajuan Limbang agak penduduknya tidak ketinggalan oleh arus permodenan dan masa yg kejam...Di sini saya sertakan gambar2 baru pekan Limbang...

Wah,pekan ini sudah semakin gah..!!













Twin Otter yg digunakan untuk pergi ke Miri dari Limbang atau dari Miri ke Limbang..
Sekarang sudah menggunakan Fokker,adakah itu benar?????












Pejabat RTM,Limbang dan juga tempat saya membesar ketika berumur 5 tahun=) Wah!!












Inilah pekan Limbang yg aman dan damai!!=-)












Sekian....

Wednesday, February 25, 2009

Langkah2 utk mendapat duit dgn internet

Salam...

Saya berasa sungguh bersemangat hari ini,kerana saya telah berjaya menemui cara2 utk mendapat duit melalui internet...Saya sendiri belum mendapat duit tersebut tp setelah mengesahkan dgn McFree Secure dan sebagainya,saya mula berasa yakin...Tidak rugi utk kita semua mencuba kerana tiada modal diperlukan...Yg diperlukan hanya sedikit masa utk mengaktifkan akaun dan kesabaran...Dari pagi saya mengkaji hal ini sehingga lupa utk mandi...ooopsss=) Bagi sesiapa yg ingin mencuba,saya akan mengemukakan langkah2 satu-persatu...

1.Pergi ke
https://www.paypal.com/register ke Premium Account...(free)
-jgn bimbang kerana Pay Pal
bukan spam atau hackers...
2.Apabila Pay Pal meminta no credit card,abaikan kerana itu tidak penting dan sahkan akaun...
3.Seterusnya,pergi ke
http://bux.to/?r=izzadpsyche di mana kamu akan dibawa terus ke link registration...Tinggalkan nama izzadpsyche di dalam referral...
4.Selepas akaun diaktifkan,mesti kamu tertanya bagaimana utk mendapat duitkan...
Bux.to merupakan satu badan PTC yg membayar kamu 0.01$ or 0.01 dollar utk setiap click...Kita skip tentang ini dan terus ke langkah seterusnya...

5.Jadikan komputer atau laptop anda menjadi autopilot yg akan membuat semua kerja dan click...Semakin bnyk click anda,smkn bnyk duit...Dgn itu,anda perlu mendownload 2 add-ons utk mozilla firefox...
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/115
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748

Reload Every dan Greasemonkey.... Install addons tersebut...
6.Log in ke akaun Bux.to anda dan click ke surf ads...Anda akan melihat link website di sana...utk standard account,anda hanya blh click maximum 10 kali saja ads,manakala utk premier account,min 20 dan mencecah hingga 40 ads...
7.Click mana2 link yg tertera dalam new tab...Selepas new tab pop-up,tekan button stop dan anda akan melihat kiraan masa di belah atas kiri window anda...dalam 30 saat,anda akan mendapat 0.01$...pergi ke my stats dan anda akan melihat duit anda...mudahkan...
8.Click semua ads yg ada...utk maklmat,setiap ads hanya blh ditekan sekali dlm 24 jam...namun ads baru akan muncul dan anda blh click...
9.Yg terakhir,ini hanya nasihat,kamu hanya perlu meluangkan masa 10 minit sahaja sehari dan mencari referral utk menambah pendapatan anda...

Ok,disini saya akan menceritakan bagaimana utk meningkatkan keuntungan,andai kata anda menekan 10 ads sehari,anda akan mendapat 0.10$...andai kata anda mempunyai 5 referral dan 5 referral tersebut menekan 10 ads setiap seorg dan setiap hari,jadi anda akan mendapat komisen sebanyak 0.01$ utk setiap click oleh referral anda...Keputusannya,anda akan mendapat 0.50$ sehari...Total income anda sehari ialah 0.60$ sehari...Keuntungan seminggu ialah 4.2% dan keuntungan sebulan ialah 16.8 $...Anggaran ini ialah berdasarkan pendapatan minimum anda...Currency rate skrg ialah Rm3.40 utk 1 dollar,jadi dgn kata lain anda mendapat Rm57.12 sebulan dgn hanya meluangkan masa 10 minit sehari....Dgn kata lain,semakin bnyk referral anda,semakin bnyk pendapatan anda sebulan...

Utk keterangan lanjut,sila hubungi saya melalui email atau yahoo messenger:iz_psychedelic@yahoo.com...

Sekian...





Monday, February 23, 2009

Makan Malam Di Hornbill

ASSALAMUALAIKUM...

Genap pukul 7.00 pm tadi,saya dikejutkan dgn mssage yahoo messenger dari sahabat saya yg bernama Arriza@Cullen...Dia mengajak kami makan malam di Hornbill...Alangkah terkejutnya saya kerana plan ini sememangnya last minit dan saya belum lagi mandi...Mula2 saya berasa malas dan ingin menunda plan ini keesokkan harinya,namun atas sbb2 tertentu,saya bersetuju...Saya percaya kami semua kelam kabut berkemas kerana masa yg diperuntukkan terlalu singkat...Kami semua berkumpul di Hornbill,yg terletak tidak jauh dari hotel Telang Usan pada pukul 8.45 pm...Makanan di sini ala2 steamboat dan harga yg dikenakan ialah RM18 utk seorg dewasa dan RM8 utk kanak2...Antara sahabat yg sempat mengikuti majlis makan malam yg dirancang semena-mena oleh Arriza ialah,Izzad(saya),Arrazi,Arriza,Ein,O-oi,Kak Dira,Awg Shahzreen,Fitri,Azah,Deejah dan Atiqa...saya bagi pihak Arriza meminta maaf kpd sahabat lain yg tidak sempat dimaklumkan tentang majlis malam ini...Moto kedai makan ini ialah "All you can eat"...Inilah antara gambar2 yg sempat diambil pada malam ini...




















































Kami menikmati hidangan dgn berselera,namun ada juga sahabat kami yg muntah selepas pulang ke rumah dan ada juga yg tidak mahu makan atas alasan musykil...Walaubagaimanapun,selepas perbincangan hangat,kami memberi 2.5 bintang over 5 bintang...TAHNIAH!!!

Sekian...







Sunday, February 22, 2009

might be our next plan

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi tadi saya teringat dgn janji saya terhadap atiqa(eka),membuat plan yg dpt diikuti oleh semua...selepas berfikir sejenak,saya teringat dgn cerita abg saya bahawa terdapat sebuah kawasan air terjun yg amat indah,menarik dan terjaga...nama tempat tersebut ialah Ranchan Recreational Park...tempat tersebut terletak kira2 60 km dr bandaraya Kuching dan terletak di Serian...di jangkakan perjalanan hanya mengambil masa selama sejam lebih...kawasan ini terjaga dan terpelihara,malah menjadi tumpuan pengunjung pada setiap hari Ahad...inilah gambar2 yg saya ambil dr sumber2 yg tertentu...

























































cantikkan?????..... sesiapa yg berminat,inform saya dan saya akan mengatur plan bersama2 anda...keutamaan diberi kepada Geng Kaki Enjoy-Lepasan SPM 2008...

Sekian...












Saturday, February 21, 2009

i'm back...

ASSALAMUALAIKUM....

Akhirnya,percutian saya berakhir dgn selamat...Alhamduli
lah...Saya ingin menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sana,ya memang bosan jadi kalau tak nak baca tak payah...saya hanya ingin mencatitkan diari hidup di ruang pemikiran yang di luar sempadan...dpt kita sama2 berbincang mengenai isu terkini yg boleh memudaratkan bangsa kita...saya sempat meluangkan masa bersama saudara saya di sana,yg juga merupakan tour guide kami...ingin saya memperkenalkan mereka...

dari kiri:Izzad(saya),Oni,Addy(abgku),Oli

Saya menyampaikan hajat saya untuk mendalami kehidupan masyarakat semenanjung terutamanya kota metropolitan Kuala Lumpur...Oni,selaku 'kazen' yg paling tua membawa saya,Addy,Oli,teman wanita Oni dan saudara mereka iaitu Alif keluar makan pada 20 Februari 2009...Oni membawa kami keluar pada pukul 10.30 pm,iaitu masa standard untuk keluar makan di sana...kami pergi ke Cheras,untuk makan di kedai bernama Seri Rasa...kami dimaklumkan oleh Oli bahawa kedai tersebut sangat sedap dan laris di sana...saya berasa amat teruja untuk mencuba daging masak merah,ayam kunyit,sayur hailam ikan bilis dan tom yam...tapi hampeh kerana bagai indah khabar dari rupa...mungkin tastebud org Sarawak lain dari org semenanjung...selepas makan,kami bertolak ke sebuak kedai mamak(india) yg dikatakan tempat utk org melepak...nama kedai tersebut ialah ABC...Jam di tangan menandakan pukul 12.11 am...tp keadaannya macam pukul 8pm..keadaan sesak dan di jalan raya,kereta,motosikal berpusu-pusu memecut dan berlumba...Saya diperkenalkan dgn shisha,iaitu sejenis penganti rokok yg amat popular di negeri arab...Alif yg amat biasa menghisap shisha memesan shisha berperisa Cocktail...saya agak takut utk mencuba tp setelah melihat mahasiswi dan kanak2 juga menghisap shisha,saya terus mencuba dan rasanya amat lain dari rokok...saya juga dimaklumkan shisha tidak mendatangkan ketagihan...inilah antara gambar2 kenangan kami menghisap shisha bersama...








































Pada pukul 3 lbh pagi,kami pun bertolak utk plg ke rumah...jalan raya tidak lenggang dgn kereta,malah mkn mnjadi tumpuan pelumba haram yg memecut hingga 190-200 km/h...patutla polis terpaksa memakai Mitsubishi Lancer Evo untuk high speed chasing di sana...kami sampai di rumah pada pukul 4 lbh pagi...setelah berfikir panjang,saya rasa amat bertuah dibesarkan di Kuching,dalam keadaan yg tenang,aman dan damai...Walaupun dr segi kemajuan kita agak ketinggalan,namun dr segi pemikiran,budaya dan budi bahasa,kita lbh maju ke hadapan...

Di sini saya ingin memohon maaf sekiranya blog saya menyinggung perasaan mana2 pihak...bergantunglah bagaimana anda hendak menerima kata2 saya...Bak kata pepatah,ambil yg jernih,buang yg keruh...

Sekian,..

Thursday, February 19, 2009

ASSALAMUALAIKUM....


WAH!!!!!!!IZZAD menjerit kegirangan selepas 3 hari tidak online... banyak benda nk disampaikan...bkn tentang diri hamba,tp tentang isu semasa yg kian rumit...cerita yg hendak dsampaikan bkn utk mengaibkn sesiapa,tetapi saya tdk dpt berdiam diri dan buat2 tidak tahu...
isu yg hndak dketengahkan ialah isu sosial remaja,pelajar universiti mahupun kolej...saya berasa amat terkilan melihat pasangan kekasih yg dbuai mimpi syahdu ini berjalan berpelukan ditempat awam seperti taman permainan dan pusat beli belah...gadis manis berpakaian cantik menutup aurat hingga ke jari dan bertudung ala2 Ekin berjalan bagaikan tiada maruah...saya berasa amat malu melihat gadis2 seperti ini berkeliaran hingga pukul 2-3 pagi di warong2,sama ada bersama kekasih mahupun kawan...adakah hal ini perkara yg normal??? Tidak sama sekali...slpas berfikir sedalam lautan,saya mengakui gadis2 Sarawak lbh terjaga dan kurang sosial berbanding gadis2 di semenanjung...Selain itu,saya secara peribadi selalu marah dgn mat rempit di kuching kerana menunggang secara merbahaya dan trlampau 'eksen',tp hakikatnya,di semenanjung,mat rempit bagaikan memiliki jalan dan kotaraya...jika kamu tanya dgn mat rempit di kuching,sanggup tidak mereka beramai2 memukul seorg lelaki tua,saya yakin mereka akan menjawab tidak...namun sebaliknya di semenanjung...pada hari rabu 18 Februari 2009,saya menyaksikan dgn mata saya sendiri sekumpulan mat rempit,kira2 30 org dan berumur dlm lingkungan 15-20 tahun memukul seorg lelaki tua India...mereka mengejar lelaki tua ini dgn besi tumpul dan membelasah beramai2...hal ini kerana lelaki tua ini melanggar salah seorg rakan mat rempit yg memotong dgn merbahaya...100% bkn salah mamak ini,namun tiada peguam yg akan membela di jalanan(kejadian ini berlaku di Puchong Perdana pada jam 11.45pm)...jika diikutkan hati,mahu saya dgn 'kazen' saya membantu,namun,kami hanya manusia biasa dan bkn superhuman...

baiklah...setakat ini sahaja yg mampu saya luahkan kerana peristiwa kejam itu masih bermain dminda saya...sebelum terlupa,saya ingin membetulkan kata2 saya,tidak semua org semenanjung seperti yg saya nyatakan tadi,ramai yg masih lurus pada jalannya dan berbudi bahasa...kita sebagai hamba di muka bumi harus sentiasa ingat siapa diri kita dan bertolak ansur sesama diri...
Bak kata pepatah,ayat lebih tajam dari keris dan ayat lbh manis dari gula...=p


Monday, February 16, 2009

Ekspedisi Mendaki Gunung Santubong Berakhir Dengan Selamat!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Wah!!!Semua peserta ekspedisi anjuran Geng
Kaki Enjoy-Lepasan SPM 2008 menjerit kegembiraan setelah bermandi peluh mendaki G.Santubong hingga ke F5,iaitu salah satu check point..Di G.Santubong,terdapat lima belas check point utk sampai ke puncak..tp dgn tenaga yg tidak seberapa dan tanpa sarapan yg lengkap,kami hanya mampu meneruskan 1/3 pendakian,kira2 1100 meter dr paras laut...berikut ialah ahli2 yg mengikuti ekspedisi ini...

dari kiri: Jamyuri,Awg,Emanuelle,Izzad(saya),Zakwan,Arrara



dari kiri:Azah dan Deejah

DIARI EKSPEDISI...
kami bangun seawal pukul 5.30 pagi,hal ini kerana ada peserta yg blm mengemas barang2(peralatan,pakaian,makanan)...antaranya ialah Nurazzah...terima kasih kerana membawa ns goreng cina...hehe...kami berkumpul di rumah Arrazi seawal pkl 8.15...kami brtolak dgn menggunakan kereta Unser yg dipinjam dr bapa Awang dan dipandu dgn cermat oleh saya...selepas brkongsi duit mengisi minyak di Petronas,kami trs bergerak ke main entrance utk mendaki G.Santubong dgn bayaran RM1.00 seorg...Jam ditangan menandakan pukul 10.30 pagi...trail yg disediakan amat bersih dan natural,dgn akar pokok,daun2 n etc...kami mendaki sambil menyanyi lagu2 evergreen sprti Greenday...ingatkan menyanyi dpt mengurangkan penat,rupanya kami mkn penat dan brhenti berehat bnyk kali...wah,kalaulah sahabat kami,Arriza join,pasti dia tersenyum girang...dlm perjalanan,kami dikejutkan dgn panggilan telefon dan SMS,rupa2nya ada coverage Digi di dlm hutan..Tahniah Digi,'Iwill follow you'...Tukarlah ke Digi...perjalanan diteruskan dgn bersemangat wlaupun air mineral bagaikan tidak lepas dari tangan,hal ini kerana keindahan alam flora dan fauna di sana...antara yg unik ialah salamander(cicak hutan/kacukan Jamyuri)bnyk brkeliaran di sana...memang menakutkan...akhirnya kami sampai ke check point F5 stlh 3 jam lbh berjalan...bygkn,betapa pntnya...antara yg menarik di F5 ialah waterfall yg indah,namun agak menghampakan kerana kecil...tp tidak mengapa krn air yg sejuk membuat kami brtenaga kembali...selepas brsuka ria dan berehat selama hmpir 1 jam,kami pun berkemas dan bersedia utk plg...kami dikejutkn dgn kehadiran sekumpulan manusia yg tba2 muncul dr hutan...namun saya mmberanikan diri menegur dan brrtanya dr mana mereka dtg..rupa2nya mereka baru turun dr puncak gunung dan berkhemah di sana..itulah semangat yg kta perlukan,alang2 menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan...seperti biasa,turun dr gunung lbh cepat namun prlu brhati2...kami trsesat sbnyk 2 kali,dgn izin Allah S.W.T.,kami berjaya mencari jln asal...alhamdulilah...setelah berjalan kira2 1 jam lbh,kami brjaya sampai ke tapak kira2 pukul 3.15 ptg dan menjerit kegembiraan dlm nada kepenatan kerana semua ahli selamat tanpa sebarang kecederaan dan gembira kerana tlh menimba bnyk ilmu dan pengetahuan di dlm hutan...sesungguhnya ekspedisi kali ini amat mencabar dan akan bermain di dlm fikiran kami hingga tua nanti...
berikut ialah antara gmbar2 yg kami ambil sepanjang perjalanan...saksikan...









































































kami berasa sungguh bangga kerana tlh melakukan aktiviti yg brfaedah dan kami sentiasa brgerak ke hadapan merancang plan2 yg mencabar...nantikanlah cerita dari kami,Geng Kaki Enjoy-Lepasan SPM 2008...


Sekian.........