Thursday, February 19, 2009

ASSALAMUALAIKUM....


WAH!!!!!!!IZZAD menjerit kegirangan selepas 3 hari tidak online... banyak benda nk disampaikan...bkn tentang diri hamba,tp tentang isu semasa yg kian rumit...cerita yg hendak dsampaikan bkn utk mengaibkn sesiapa,tetapi saya tdk dpt berdiam diri dan buat2 tidak tahu...
isu yg hndak dketengahkan ialah isu sosial remaja,pelajar universiti mahupun kolej...saya berasa amat terkilan melihat pasangan kekasih yg dbuai mimpi syahdu ini berjalan berpelukan ditempat awam seperti taman permainan dan pusat beli belah...gadis manis berpakaian cantik menutup aurat hingga ke jari dan bertudung ala2 Ekin berjalan bagaikan tiada maruah...saya berasa amat malu melihat gadis2 seperti ini berkeliaran hingga pukul 2-3 pagi di warong2,sama ada bersama kekasih mahupun kawan...adakah hal ini perkara yg normal??? Tidak sama sekali...slpas berfikir sedalam lautan,saya mengakui gadis2 Sarawak lbh terjaga dan kurang sosial berbanding gadis2 di semenanjung...Selain itu,saya secara peribadi selalu marah dgn mat rempit di kuching kerana menunggang secara merbahaya dan trlampau 'eksen',tp hakikatnya,di semenanjung,mat rempit bagaikan memiliki jalan dan kotaraya...jika kamu tanya dgn mat rempit di kuching,sanggup tidak mereka beramai2 memukul seorg lelaki tua,saya yakin mereka akan menjawab tidak...namun sebaliknya di semenanjung...pada hari rabu 18 Februari 2009,saya menyaksikan dgn mata saya sendiri sekumpulan mat rempit,kira2 30 org dan berumur dlm lingkungan 15-20 tahun memukul seorg lelaki tua India...mereka mengejar lelaki tua ini dgn besi tumpul dan membelasah beramai2...hal ini kerana lelaki tua ini melanggar salah seorg rakan mat rempit yg memotong dgn merbahaya...100% bkn salah mamak ini,namun tiada peguam yg akan membela di jalanan(kejadian ini berlaku di Puchong Perdana pada jam 11.45pm)...jika diikutkan hati,mahu saya dgn 'kazen' saya membantu,namun,kami hanya manusia biasa dan bkn superhuman...

baiklah...setakat ini sahaja yg mampu saya luahkan kerana peristiwa kejam itu masih bermain dminda saya...sebelum terlupa,saya ingin membetulkan kata2 saya,tidak semua org semenanjung seperti yg saya nyatakan tadi,ramai yg masih lurus pada jalannya dan berbudi bahasa...kita sebagai hamba di muka bumi harus sentiasa ingat siapa diri kita dan bertolak ansur sesama diri...
Bak kata pepatah,ayat lebih tajam dari keris dan ayat lbh manis dari gula...=p


No comments:

Post a Comment