Saturday, February 21, 2009

i'm back...

ASSALAMUALAIKUM....

Akhirnya,percutian saya berakhir dgn selamat...Alhamduli
lah...Saya ingin menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sana,ya memang bosan jadi kalau tak nak baca tak payah...saya hanya ingin mencatitkan diari hidup di ruang pemikiran yang di luar sempadan...dpt kita sama2 berbincang mengenai isu terkini yg boleh memudaratkan bangsa kita...saya sempat meluangkan masa bersama saudara saya di sana,yg juga merupakan tour guide kami...ingin saya memperkenalkan mereka...

dari kiri:Izzad(saya),Oni,Addy(abgku),Oli

Saya menyampaikan hajat saya untuk mendalami kehidupan masyarakat semenanjung terutamanya kota metropolitan Kuala Lumpur...Oni,selaku 'kazen' yg paling tua membawa saya,Addy,Oli,teman wanita Oni dan saudara mereka iaitu Alif keluar makan pada 20 Februari 2009...Oni membawa kami keluar pada pukul 10.30 pm,iaitu masa standard untuk keluar makan di sana...kami pergi ke Cheras,untuk makan di kedai bernama Seri Rasa...kami dimaklumkan oleh Oli bahawa kedai tersebut sangat sedap dan laris di sana...saya berasa amat teruja untuk mencuba daging masak merah,ayam kunyit,sayur hailam ikan bilis dan tom yam...tapi hampeh kerana bagai indah khabar dari rupa...mungkin tastebud org Sarawak lain dari org semenanjung...selepas makan,kami bertolak ke sebuak kedai mamak(india) yg dikatakan tempat utk org melepak...nama kedai tersebut ialah ABC...Jam di tangan menandakan pukul 12.11 am...tp keadaannya macam pukul 8pm..keadaan sesak dan di jalan raya,kereta,motosikal berpusu-pusu memecut dan berlumba...Saya diperkenalkan dgn shisha,iaitu sejenis penganti rokok yg amat popular di negeri arab...Alif yg amat biasa menghisap shisha memesan shisha berperisa Cocktail...saya agak takut utk mencuba tp setelah melihat mahasiswi dan kanak2 juga menghisap shisha,saya terus mencuba dan rasanya amat lain dari rokok...saya juga dimaklumkan shisha tidak mendatangkan ketagihan...inilah antara gambar2 kenangan kami menghisap shisha bersama...








































Pada pukul 3 lbh pagi,kami pun bertolak utk plg ke rumah...jalan raya tidak lenggang dgn kereta,malah mkn mnjadi tumpuan pelumba haram yg memecut hingga 190-200 km/h...patutla polis terpaksa memakai Mitsubishi Lancer Evo untuk high speed chasing di sana...kami sampai di rumah pada pukul 4 lbh pagi...setelah berfikir panjang,saya rasa amat bertuah dibesarkan di Kuching,dalam keadaan yg tenang,aman dan damai...Walaupun dr segi kemajuan kita agak ketinggalan,namun dr segi pemikiran,budaya dan budi bahasa,kita lbh maju ke hadapan...

Di sini saya ingin memohon maaf sekiranya blog saya menyinggung perasaan mana2 pihak...bergantunglah bagaimana anda hendak menerima kata2 saya...Bak kata pepatah,ambil yg jernih,buang yg keruh...

Sekian,..

1 comment:

  1. rh area bt bintang selalu ngga urg ngisap shisha ya. kede ug arab rh bt bntang. pa nmya tek oh? aiiee. haha

    ps:oli *winks

    ReplyDelete